Resepi SedapSeafood

Resepi Sotong Goreng Tepung

Resepi Sotong Goreng Tepung antara masakan bertepung yang sangat popular dan sangat sedap dimakan .Resepi ini juga sangat mudah disediakan.

image

Bahan-bahan:
500g sotong
1 cawan tepung gandum
1 sudu baking powder
1 biji telur
Sedikit garam dan lada sulah
1/2 sudu Italian herbs / serbuk kari
1 sudu kecil paprika
1 sudu kecil serbuk cili

Cara membuat:
1.Potong sotong kecil2 , bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.

2.Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.

3.Pukul telur sikit dan masukkan sotong , ketepikan.

4.Gaul tepung, baking powder, garam, lada sulah, italian herbs, paprika dan serbuk cili.

5.Masukkan sotong yg telah digaulkan dengan telor dan salutkankan sotong dengan tepung.

6.Goreng dalam minyak terendam hingga kekuningan.

7.Sedia untuk hidangkan.

P/s:Resepi Sotong Goreng Tepung sangat sesuai dijadikan kudapan atau dimakan dengan nasi putih.

Tags
Show More

Chef Adam

Seorang Bekas Chef di Hotel 5 Bintang terkemuka. Mempunyai kemahiran yang sangat tinggi dan pengalaman yang sangat lama didalam bidang masakan. "Makan kerana ia menggembirakan"

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button
Close
Close