Resepi Popia Goreng Inti Ayam
Bahan-bahan (20 biji popia)
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
200 mg isi ayam
2 biji telur
Taugeh
Sayur campur
1 kiub pati ayam
3 sudu besar paste tom yam
Lada sulah
Garam secukup rasa
Kulit popia
Cara-cara
- Bawang besar dan bawang putih dipotong dadu. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau.
- Masukkan isi ayam dan telur. Gaul sehingga sekata.
- Masukkan kiub pati ayam, paste tom yam dan lada sulah. Masukkan sedikit garam.
- Masukkan sayur campur dan taugeh. Kacau hingga sekata.
- Ambil sekeping kulit popia, letakkan inti dan gulung. Letakkan sedikit air di hujung kulit popia sebagai pelekat. Buat sehingga habis kulit popia.
- Goreng popia dalam kuali panas sehingga warna kekuningan.
fuhh, lapar plak malam-malam gini..