Resepi Udang Masak Sos Tiram
Resepi Udang Masak Sos Tiram ok?Resepi ini sangat mudah untuk dimasak kerana,ianya hanya memerlukan bahan-bahan yang sangat mudah untuk didapati.Malahan,di kedai-kedai berdekatan anda juga terdapat bahan ini.
Yang pastinya,Chef berani untuk mengatakan bahawa masakan ini akan memikat selera makan anda kerana resepinya yang enak dan sangat mudah untuk dimasak.
Bahan-bahan:
1kg udang segar.
bawang putih 6 ulas^.
halia 2 inci^.
cili padi/cili besar – dipotong.
sos tiram 4-5 sudu besar.
sos cili 2 sudu besar dan perasa (tak perlu garam kerana udang dah sedia digaul dengan garam kunyit,nanti terlebih masin sebab sos tiram pun dah masin.
masukkan udang dan cili – gaul biar sekata.
Cara-cara membuat:
1.Udang yang sudah dibersih,digaul dengan garam dan kunyit dan goreng sehingga garing kemudian toskan.
2.Tumis bawang putih dan halia yang dikisar bersama hingga wangi kemudian masukkan sos tiram dan sos tomato.
3.Masukkan kacang panjang/jagung muda/carrot,tumiskan hingga agak pekat dan masukkan perasa.
4.Sedia untuk dihidang.
P/s:Resepi Udang Masak Sos Tiram ini lebih sedap jika dimasak dengan pekat dan lebih marvellous jika dimakan bersama nasi putih.