Resepi Ayam Masak Kicap
Resepi ayam masak kicap style gorengan ayam. Tekstur ayam yang lembut dicampur dengan rasa kicap manis dan rempah ratus menjadikan resepi ini sangat menarik dan menggiurkan.
Bahan-bahan (5 orang)
5 ketul ayam
1 ulas bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
1 batang cili hijau (dipotong serong)
1 batang cili merah (dipotong serong)
1/2 cawan kicap (campur manis dan masin)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam
Garam dan kunyit
Cara-cara
1. Gaul ayam dengan kunyit dan goreng sehingga hampir masak.
2. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan serai sehingga layu.
3. Masukkan kicap, sos tiram, lada hitam dan ayam. Goreng sehingga masak.
4. Masukkan cili hijau dan cili merah.
5. Siap untuk dihidangkan.
anak2 suka makan masakan ni. suami yang rajin masakkan. Dia masak tengok resepi. saya masak campak2 jer..
Cikgu Isza dah pro, tak perlu resepi2 ni. Hehe. Yang baru nak belajar masak, resepi memang membantu la. π
@Amir Said,
takkda maknanyer dah pro.. itu tanda main dan jer..
tapikan amir, yang bestnyer.. abahnya masak mmg sedap tapi anak2 tetap sukakan masakan ibunyer.. itu yang abahnyer jeles tu..
Masakan mak penuh dengan kasih sayang. π
@isza, mesti laaaaaaaa
letak lada hitam lah bro kasi ngaummmmm ! hehe π
Tadi ingat nak letak tapi lada hitam dah habis. hehe. xpe, nanti aku update dalam resepi.
sedapp…
warghh sodapp
nampak cambest!!!
ayam masak kicap simple tapi berselera je makan. seswai buat lauk sahur.
Kat overseas ni malas nak masak untuk sahur. Makan apa yg ada je. π
proactive skang mir…hehehe…ngah berak eh skang?
Tergelak aku baca komen ko Shafiq. haha. Esok aku start sem baru. Lepas ni dah kurang sikit update kot.
silap, ‘break’…hehehe
kak , kicap tu guna yang masin ke yang manis?
Saya bukan kak la. hehe. Better campur kicap manis dan kicap masin la.
nak tegelak baca komen ni.haha.btw tanx for the resepi. ;D
Assalammualaikum wrt wbt Amir. Thank you for sharing your appetizing recipe with us. Am very much satisfied after trying out some of your recipe. Keep it up and donΒ΄t stop blogging. Selamat beribadah di bulan Ramadhan dan menjalani ibadah puasa. Salam hormat, Nur Nabilah Schenker @ Regensdorf, Switzerland.
i bingung nk msak ayam kicap.evrytime i cuba msak,hasilnya x brapa sdap.cam da something kurang.pas ni nk cuba resipi yg Amir bg ni.
hari ni dah try resepi ni..memang sedapppp
ha akhirnya sdp juak sya msk aym kicap ni..hihi…tq…
heheh..hari ni wat ayam masak kicap termasin sket..huhuhu
Takpelah, next time boleh improve. π
i mau try masak ni. sll i masak simple. ni special..
waahh..sedapnya..nk cuba masak la ..selalunya mak sya yg masak ..saya tukang tengok je,kali ni biar sya masak untuk mak saya..
tapi sebelah rumah saya dia pakai kicap Li Kang King. Boleh ke pakai…….
Kalau kicap tu macam kicap biasa, boleh je guna. Jangan guna kicap cair.
cik adik…. saya nak pakai kicap yg mcm Hui tu tapi tak de pon ……. ape celop ler
cube try tambah jintan putih (dah siap tumbuk) mase tumis, sure perghhhh~
Ok, terima kasih. Nanti saya cuba. π
kalau tambah air biasa selepas mnumis ley X?
Boleh. π
Ni nak masak pkai kicap pekat ke, atau kicap cair mcm kicap kipas udang tu
Guna kicap cap kipas udang la. π
Nak campur sikit kicap pekat pun boleh.
thanks….
Thank you for the recipe
Looks great