AyamResepi Sedap

Resepi Ayam Masak Madu

Bahan-bahan (4-5 orang)

5-6 ketul ayam
Garam dan serbuk kunyit
4 sudu besar madu
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar cili kisar
6 ulas bawang merah (dikisar)
1 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
2 batang serai (diketuk)
1 batang kulit kayu manis
Sedikit bunga lawang dan buah pelaga.

Cara-cara

  1. Gaul ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Kemudian, goreng hingga masak.
  2. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar. Masukkan serai, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
  3. Masukkan cili kisar, sos cili dan madu. Kacau hingga sekata.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng. Biarkan seketika.
  5. Siap untuk dihidangkan.

OM: Sorry sebab rupa ayam masak madu saya macam ayam masak merah je. Saya akan improve next time. InsyaAllah. 🙂

Tags
Show More

Chef Adam

Seorang Bekas Chef di Hotel 5 Bintang terkemuka. Mempunyai kemahiran yang sangat tinggi dan pengalaman yang sangat lama didalam bidang masakan. "Makan kerana ia menggembirakan"

Related Articles

18 Comments

  1. nak tanya lah, cili kisar cili ape erhh?? gune cili padi ke, cili kering?? maaf lah yer baru blaja masak, xtau..huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button
Close
Close