Resepi Daging Masak Merah Ala Thai
Bahan-bahan (4-5 orang)
500 g daging
10 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos tiram
Daun limau purut (dikoyakkan)
2 batang serai (diketuk)
Garam secukup rasa
Minyak masak
Cara-cara
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih dan serai sehingga naik bau.
- Masukkan daging. Goreng daging sehingga hampir masak.
- Masukkan cili kisar, sos tomato, sos ikan dan sos tiram. Kacau sekata. Kalau nak kuah banyak sikit, tambah air dan sos tomato.
- Masukkan daun limau purut dan garam secukup rasa.
i like….. boleh MS cuba nanti…. pinjam resepi yer
Cuba la. 🙂
Kalau nak rebus daging ni,berapa lama masa nya?
Sekejap je, dalam 2-3 minit. Kalau tak rebus pun takpe.
berapa lama bro tunggu masak?masak daging ni kira lama juga kan?
Tak sampai 30 minit dah siap. Tapi kalau daging tu jenis yang liat better rebus dulu la.
@Amir Said,
aku tau makan je.. x tau masak…nak cuba gak rasa makanan masakan sendiri… 🙂
best nye..terliur tgk mse bulan pose nih…nk msk la untuk buka..hehe..
da try dua kali bro..memang terbaaiikk r..licin org rumah mkn..
thank you bro
Esok nak bawak bekal pi opis…dalam byk2 resepi daging masak merah..resepi ni gak yg saya suka..mohon share ye admin.
Terima kasih kerana mencuba. 🙂
boleh pinjam resepi? Halalkanlah ya
Ya silakan. 🙂
kalo tak de sos ikan .jadi tak dagin masak merahnya?:-)
Jadi je daging masak merah cuma kalau ala Thai ada sos ikan. boleh je sebenarnya. takde masalah.
nk cuba..halalkan yerrrrrrrrr
hari ni ingat nak masak nasi goreng daging amsak merah search je jumper blog ni..
nak try sat lagi
Trimas buat Amir..mesti sedap ni…ingat nak try..bkn apa ada pelbagai resepi daging merah ni tapi bg saya mesti ni ummm…saya ada satu petua yg mak saya selalu guna kalo nak lembutkan daging..caranya masa merebus tu, masukkan sesudu teh soda bikarbonat. jangan banyak2 tau nanti berbuih. mmg cepat lembut n sedap..sebenarnya ada lagi, kekadang mak buh betik muda..yg muda sgt tu tau..try le mana yg senang.
nk try ar msk lauk ni arini…cm sedap jew….tiap2 mgu asik msk lauk yg sama jer, boring gak…thanxs resipi yerk!
Boleh tak ditambahkan sedikit gula pasir, supaya rasa lebih gurih?