Resepi Kek Coklat Kukus

Bahan-bahan kek

1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur

Cara-cara

  1. Campurkan gula pasir, serbuk koko, minyak masak, susu cair dan susu manis ke dalam periuk. Masak sebentar di atas api yang perlahan sehingga semua bahan larut.
  2. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.
  3. Pukul telur sampai kembang, campurkan dengan adunan koko. Gaul rata dan campurkan adunan tepung. Gaul sebati dan tuang ke dalam acuan.
  4. Tutup acuan dengan aluminium foil supaya wap tidak masuk ketika mengukus. Kukus kek selama 45-60 minit dengan api yang perlahan.
  5. Keluarkan kek dari kukusan dan biarkan sejuk sebelum diletakkan topping ke atas kek.

Resepi asal: Ilham Dapur

Bahan-bahan topping (coklat ganache)

150 g thickened/whipping cream
150 g coklat masakan
15 g butter

Cara-cara

  1. Campurkan coklat masakan dan thickened cream dalam satu bekas. Panaskan sehingga coklat masakan menjadi cair dengan menggunakan kaedah double boiling.
  2. Kacau sehingga sebati, kemudian tambahkan butter.
  3. Biarkan campuran sejuk seketika. Bila campuran telah suam, curah coklat ganache ke atas kek.

Resepi asal: Resepi Coklat

Selamat mencuba. 🙂

41 thoughts on “Resepi Kek Coklat Kukus”

  1. wahhh sdpnya nmpak..tp sy kureng sket coklat2 nihh..rasa skit blehlaa..tp kalo ank2 mmg pantang laa kek2 coklat nihh..favourite ma..so kna try la wt untuk ank2..walaupun mama n ayhnya xbpa suke..hihiii mlm ni duk salin resepi aje..buat nnt dlu..thnks..:)

    Reply
  2. kalau x jdi cam ner,buat pnt je bli brang yang nak buat kek tu.Tengok je rse nk makn kek dalm gambar tu hehehe…

    Reply
  3. sedap lah kek coklat nie..sy & ank mmg suka sgt2 kek coklat..nk cuba buat..tapi klu guna coklat biasa bole x? & utk topping klu x guna whipping cream bole ganti dgn brg yg lain x?

    Reply
  4. sya dah cuba buat kek ni., sya nak tanya yer kenaper kek saya kembang pastu dah sejuk dia kempis.. jd keras sikit… rasa dah sedap,,, huhuhu bleh bgtau kenape yer

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.