AyamPasta

Resepi Makaroni Goreng Pedas

Resepi Makaroni Goreng Pedas adalah salah satu kepelbagaian masakan makaroni , selain dimasak berkuah , makaroni juga boleh digoreng seperti mee dan sangat sedap malah mudah untuk disediakan.

image

Bahan-Bahan:

250 gram makaroni
200 gram daging ayam
1/2 ulas bawang besar (dicincang)
2 ulas bawang putih (dicincang)
4 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
Sedikit belacan
1/2 biji capsicum
2 biji cendawan butang
1 batang cili merah
1 batang cili hijau
Garam dan gula
Minyak masak

Cara membuat:

1.Rebus makaroni sehingga lembut dan toskan airnya dan gaul dengan sedikit minyak zaitun atau minyak masak.

2.Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumiskan bawang besar serta bawang putih sehingga naik bau.

3.Masukkan cili kisar , kacau hingga sekata dan masukkan sos tomato , sos tiram , belacan , capsicum dan sedikit air , biarkan seketika.

4.Masukkan daging ayam dan kacau sehingga hampir masak.

5.Masukkan cendawan , cili merah , cili hijau , makaroni dan kacau hingga sebati.

6.Masukkan garam dan gula secukup rasa , siap untuk dihidangkan.

P/s:Resepi Makaroni Goreng Pedas boleh dihidangkan bersama daun sup , daun bawang dan limau kasturi untuk rasa yang lebih menarik.

Tags
Show More

Chef Adam

Seorang Bekas Chef di Hotel 5 Bintang terkemuka. Mempunyai kemahiran yang sangat tinggi dan pengalaman yang sangat lama didalam bidang masakan. "Makan kerana ia menggembirakan"

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Check Also
Close
Back to top button
Close
Close