Resepi Mee Kuah Daging

Resepi Mee Kuah Daging merupakan kepelbagaian resepi mee yang terdapat di Malaysia , yang mana resepi ini sangat mudah disediakan dan sangat lazat dimakan malah resepi disukai ramai.

image

Bahan-bahan:

2 paket mee kuning
1 kilo daging
3 liter air rebusan daging
Sos tomato
Sos cili secukupnya
1 cawan kuah kacang
3 biji kiub stock ikan bilis
4 biji telur (utk pekatkan kuah)
3 sudu besar cili kisar
Garam
Gula secukup rasa

Bahan-bahan tambahan:

8 biji telur rebus (dipotong 2)
Cili merah (dihiris)
Daun bawang (dihiris)
Sayur taugeh dan sawi (dicelur)
Bawang goreng secukupnya

Bahan dikisar halus:

5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia

Cara membuat:
1.Rebus daging sampai empuk kemudian daging dipotong kecil dan simpan semua air rebusan.
2.Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan yang dikisar dan cili kisar sampai naik bau wangi dan pecah minyak .
3.Masukkan air rebusan daging serta kacau kuah dan masukkan kiub stock ikan bilis , kuah kacang , sos tomato dan sos cili secukup rasa.
4.Kacau semua bahan-bahan dan masukkan daging ke dalam kuah serta biarkan kuah masak sampai mendidih .
5.Masukkan garam dan gula secukup rasa , kemudian pecahkan 4 biji telur ke dalam mangkuk serta kacau telur ni sedikit dan masukkan ke dalam kuah , kacau pelahan-lahan kuah hingga telur masak.
6.Celur mee , taugeh dan sawi kemudian tos serta ketepikan dulu , rebus juga telur .
7.Cara menghidang mee ni , mula-mula masukkan sayur taugeh/sawi dahulu dalam mangkuk kemudian mee dan tuangkan kuah bersama isi daging , telur rebus , bawang goreng , cili merah dan daun sup .

P/s:Resepi Mee Kuah Daging sangat sedap dimasak pekat dan tidak terlalu cair , kurangkan air semasa merebus daging.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.