Resepi Nasi Air
Bahan-bahan (nasi) 3-4 orang
1 cawan beras
4 cawan air
3 hiris halia
Sedikit garam
Bahan-bahan (sup daging)
1 kg daging
5 ulas bawang merah – ditumbuk
2 ulas bawang putih – ditumbuk
1 inci halia – ditumbuk
Kulit kayu manis, buah pelaga
Bunga lawang, bunga cengkih
1 kiub stok daging
Minyak masak
Garam
Air
Bahan-bahan lain
Sayur kangkung – dicelur
Ikan bilis goreng
Telur masin
Lobak masin
Daun sup
Cili merah
Cara-cara (nasi)
- Cuci beras beberapa kali. Masukkan kesemua bahan dalam periuk. Panaskan di atas api yang perlahan dan kacau selalu supaya nasi tidak hangit. Jika kering, tambah sedikit air.
- Kacau sehingga menjadi nasi yang lembik (macam bubur tapi lebih pekat). Padamkan api bila dah siap.
Cara-cara (sup daging)
- Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah ratus sehingga layu. Kemudian masukkan air.
- Bila mendidih, masukkan daging, stok daging dan garam. Masak sehingga daging empuk.
Cara Hidangan
Masukkan nasi ke dalam mangkuk. Curah sup daging ke atas nasi. Masukkan sayur kangkung, ikan bilis goreng, telur masin, lobak masin, daun sup dan cili merah. Nak makan dengan sambal kicap dan perah limau nipis pun boleh juga.
Beza Nasi Air dan Bubur Nasi
Nasi Air ni popular di Terengganu dan Kelantan. Sebenarnya ramai yang tersilap, mereka ingat Nasi Air ialah Bubur Nasi. Beza Nasi Air dengan Bubur Nasi ialah cara penyediaan. Nasi Air juga sepatutnya lebih pejal berbanding Bubur Nasi. Nasi Air biasa dimakan dengan ikan bilis goreng dan telur masin.
ada jugak erk nasi air. 1st time dengar. pekat dari bubur rupanya. gambar tu buat aku terliur di bulan ramadan huhu
sedapnya
salu makan dekat kelantan dulu..nasi air mak su nab..sedappp
ooo..br th..ingatkan sama je..hehe..
nak buat.. lama dah x makan..
first time dengar nama nasi air.. by the way, nampak menyelerakan.. hehe
pergh!!first time dengar nama nasi ni.
nasi air? aku panggil bubur air aje nih. hehe..
npk menarik
we should try guys
nti dh kawen ley msak kn utk sape2 klu xsihat
hehhehe!
npk menarik
we should try! =)
mak aih, buat terliur je ni..
Bestnya.Saya pun nk buat juga
bezz ke??
sambal nya buat cm na?sy suka sambal nasi air kelantan
Sy mohon share ye sis
Sejak tinggalkan Terengganu pernah juga beberapa kali pergi jalanĀ² sana, tapi sebab nasi air paling sedap ialah di pasar malam, maka tak merasa la.. Rindunya Terengganu… ?? Nasi air, ais krim goreng, air buah gelas besar, tapai goreng, roti tabak..