Resepi Nasi Air

Bahan-bahan (nasi) 3-4 orang

1 cawan beras
4 cawan air
3 hiris halia
Sedikit garam

Bahan-bahan (sup daging)

1 kg daging
5 ulas bawang merah – ditumbuk
2 ulas bawang putih – ditumbuk
1 inci halia – ditumbuk
Kulit kayu manis, buah pelaga
Bunga lawang, bunga cengkih
1 kiub stok daging
Minyak masak
Garam
Air

Bahan-bahan lain

Sayur kangkung – dicelur
Ikan bilis goreng
Telur masin
Lobak masin
Daun sup
Cili merah

Cara-cara (nasi)

  1. Cuci beras beberapa kali. Masukkan kesemua bahan dalam periuk. Panaskan di atas api yang perlahan dan kacau selalu supaya nasi tidak hangit. Jika kering, tambah sedikit air.
  2. Kacau sehingga menjadi nasi yang lembik (macam bubur tapi lebih pekat). Padamkan api bila dah siap.

Cara-cara (sup daging)

  1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah ratus sehingga layu. Kemudian masukkan air.
  2. Bila mendidih, masukkan daging, stok daging dan garam. Masak sehingga daging empuk.

Cara Hidangan

Masukkan nasi ke dalam mangkuk. Curah sup daging ke atas nasi. Masukkan sayur kangkung, ikan bilis goreng, telur masin, lobak masin, daun sup dan cili merah. Nak makan dengan sambal kicap dan perah limau nipis pun boleh juga.

Beza Nasi Air dan Bubur Nasi

Nasi Air ni popular di Terengganu dan Kelantan. Sebenarnya ramai yang tersilap, mereka ingat Nasi Air ialah Bubur Nasi. Beza Nasi Air dengan Bubur Nasi ialah cara penyediaan. Nasi Air juga sepatutnya lebih pejal berbanding Bubur Nasi. Nasi Air biasa dimakan dengan ikan bilis goreng dan telur masin.

16 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.