Resepi Nasi Dagang Terengganu

Resepi Nasi Dagang Terengganu merupakan makanan tradisi orang terengganu dan sangat popular di Malaysia kerana keunikkan cara penyediaan nasi ini .Walaupun sedikit susah tapi sangat berbaloi apabila dinikmati .
puding kuah
Bahan-bahan untuk Nasi:
4 cawan beras Jati
1 cawan beras pulut
3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
1 – 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
1 sudu halba
2 ulas bawang merah
1/2 inci halia

Cara membuat:
1. Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman (kalau tak sempat 2-4 jam pun ok).
2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit.
3. Angkat dan masukkan semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata lalu biarkan
seketika hingga semua santan meresap , kemudian masukkan santan cair yang selebihnya dan biarkan seketika.
4. Kukus semula selama 20 minit .
5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus2. Masukkan di atas nasi dalam kukusan dan juga buah halba.
6. Angkat nasi utk kali kedua dan gaulkan dengan santan pekat sehingga rata (tak perlu habiskan santan jika nasi nampak sudah elok lembutnya).
7. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Gulai Ikan Aya :
(Rebus Ikan Aya Hitam bersama beberapa asam keping dan juga garam..
Jangan buang air rebusan).

Bahan-bahan gulai :
1 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu serbuk jintan manis
1/2 sudu serbuk jintan putih
2 hiris lengkuas (dikisar)
1 hiris halia (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
3 sudu cili boh
1 paket rempah gulai (15 gram)
1 1/2 liter santan
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kerisik
4 keping asam keping
1/2 buku kecil gula melaka.
Sedikit Belacan
10 biji cili padi
sedikit garam

Cara membuat:
1. Masak santan sehingga naik minyak.
2. Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar , serbuk , rempah gulai , cili boh , kulit kayu manis , kerisik , asam keping , dan gula melaka .
3. Masak sampai mendidih dan masukkan sedikit garam sedukup rasa.
4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus.
5. Biarkan beberapa minit dan kemudian masukkan cili padi dan juga belacan.
6. Masak seketika dan boleh dihidang.

Resepi Acar Timun:
Timun (dihiris memanjang)
Carrot (dihiris memanjang)
Cili Merah dan Bawang (dihiris memanjang)
1 sudu gula
1 sudu garam
1 sudu cuka.

Cara membuat:
1.Gaulkan semua bahan diatas dan siap dihidangkan.

P/s :Resepi Nasi Dagang Terengganu sesuai dimakan pada waktu pagi , petang dan malam. Lebih memukau rasa jika dihidang bersama limau ais .

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.