Resepi Pucuk Ubi Goreng Berlada
Bahan-bahan (4-5 orang)
20 tangkai pucuk ubi kayu
12 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering
1/2 cawan air
4 biji telur
Sedikit belacan
Garam dan gula
Minyak masak untuk menumis
Cara-cara
- Rebus pucuk ubi kayu dan kemudian toskan. Hiris halus-halus pucuk ubi kayu tadi.
- Kisar bawang merah, bawang putih dan cili kering.
- Masukkan minyak ke dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar. Biarkan selama 2 minit.
- Selepas itu, pecahkan telur dalam kuali. Biarkan selama 2 minit.
- Masukkan pucuk ubi kayu yang telah dihiris.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Siap untuk dihidangkan.
simple.. boleh cuba ^^
sedap nye, dah pernah masak cuma x pernah sekali kan telur,nnt nak cube 🙂
nampak sedap je… yummy..
yummmieee 🙂
amboi
nak suruh ko buatkan untuk aku lah amir
hoohohohoh
P/S : Syurga Coklat Dan Gara – Gara Semangat Coklat Buat Aku Merepek Sekejap…Hahaha!
boleh2.. datang la rumah… 🙂
@Amir Said, rumah ko pun ku tak tahu dekat mana…
no hp pun xada
hahahaha
P/S : Jom Baca Episod Terbaru Antara Dia, Kau Dan Aku – Episod 38
Tk pnh dgr pulak, resepi terengganu ke amir?
aku rasa resepi org2 Terengganu kot…
belum pernah dengar resepi ni lagi, macam best. nak try 😀
my mom xsuka goreng pucuk ubi…
dia suka mkn mentah jerk…
xpown msk lemak…
xpernak mkn pucuk ubi goreng…
dapnyer…nk2 makn time2 hujan ni kan..nyummy
tak silap aku biasanya masak lemak kan?ni boleh cuba ni, benda baru bg aku hehe
huhuhu selera2.. tetiba pulak lapar betul… ada orang panggil resepi ni nama dia sambal taik minyak… Allahualam
wahhh bagusnya… ada lgi satu ikat pucuk ubi kat dalam peti ais. x tau dah nak masak apa. baru ingt nk celup air panas jer cicah sambal belacan.. mcam ada resepi baru.. boleh try! thx yer.
menyelerakan!
kreatifnya-pucuk ubi pun pun boleh jadi enak kalau kena pada masakannya
Masakan kampung sangat sedap..Belacan tu kalau tak nak tarok boleh ke??
puh sungguh menaikkan semangat tu 😀
pucuk ubi goreng berlada..kena test ni..nampak sedap je.. hehe
wahhh
sedap ni
aaaa pedas tak??? hahha <– tak tahan pedas
ok. aku dah lapar huhu 😛
Simple je resepi ini.boleh dicuba ni
Terhangat: Pencarian 10 Blog Header Tercantik 2010(Update Senarai Peserta!)
good one and i really love it