Resepi Sup Tofu Telur
Resepi Sup Tofu Telur ok? Menu ini sangat sedap dan jarang untuk dijumpai.Walaubagaimanapun,maksud Chef bukanlah susah untuk dijumpai tetapi jika adapun pasti harganya agak mahal berbanding kita masak sendiri.Oleh itu,jom kita belajar cara-cara untuk memasak resipi ini dan yang pastinya amat mudah,murah dan sangat sedap.
Bahan-bahan yang pelru disediakan:
2 batang setengah tofu telur – dipotong
5 biji bawang merah – dihiris halus
4 ulas bawang putih – dihiris halus
halia (agak-agak je) – dihiris halus
1 biji putih telur
1 tangkai daun sawi – dipotong
setengah biji lada benggala merah – dihiris panjang
setengah biji lobak merah – parut
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Air
Garam
Minyak jagung untuk menumis
Cara-cara memasak:
1.Panaskan minyak jagung dalam kuali dan tumis bahan yang dihiris halus sehingga naik bau.
2.Masukkan air secukupnya bersama daun sawi,lada benggala dan lobak merah serta biarkan ianya mendidih.
3.Apabila sayur-sayuran setengah lembut,masukkan tofu telur dan perasakan dengan garam serta serbuk lada sulah.
4.Masukkan putih telur dan kacau sehingga rata kemudian biarkan seketika dan sedia untuk dihidangkan.
P/s:Resepi Sup Tofu Telur lebih sedap jika dimakan terus ketika ianya sedang panas dan dinasihatkan supaya sediakan sambal buatan sediri daripada lada dan kicap.