Resepi Tomyam Campur

Resepi Tomyam Campur sangat popular di Thailand malah semakin menular di Malaysia dan Singapura .Ini kerana resepi tomyam ini mempunyai rasa yang pelbagai dan mudah disediakan.Dijamin memikat selera .
Cara-Membuat-Sup-Tom-Yam-Original-Enak
Bahan-bahan:
100g isi ayam ( dipotong kecil )
100g daging (dipotong kecil)
10 ekor udang (buang kulit dan kepala)
3 ekor sotong (potong bulat)
1 1/2 – 2 liter air stok ayam atau daging ( satu periuk sederhana )
3 batang serai
1 inci lengkuas (dihiris)
1 paket cendawan tiram (250 g)
10 biji cili padi (ditumbuk)
1 biji tomato (dipotong empat)
2 labu bawang besar (potong biji atau potong bulat)
2 sudu makan pes tomyam
1 kiub ayam/daging (jika suka)
2 camca teh sos ikan (sos nampla)
1 camca teh gula (jika suka)
daun ketumbar secukupnya
3-4 helai daun limau purut
3-4 sudu besar air limau nipis (ikut banyak mana kuah anda)

Cara Membuat:
1. Didihkan air stock ayam/daging dalam periuk.
2. Masukkan isi ayam dan daging , masak sehingga daging dan ayam empuk.
3. Masukkan pes tomyam, udang, serai, lengkuas, daun limau purut, cili padi, cendawan dan bawang merah.
4. Biar mendidih masukkan stok ikan , gula , garam , jus limau , tomato dan daun ketumbar.
5. Angkat dan hidangkan

P/s :Resepi Tomyam Campur sesuai jika dihidangkan bersama nasi dan kailan ikan masin . Untuk meanaikkan lagi nafsu makan anda , sila hidangkan bersama jus tembikai .

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.