Resepi Tauhu Jepun Sizzling
Tauhu Jepun Sizzling Ala2 Chicken Rice Shop ”Bukan Sekadar Nasi Ayam” .
Bahan Masakan:
4 Paket Tauhu Jepun (Untuk 8 Orang) – Dipotong Bulat Dan Goreng
200g Mentega – Untuk Menumis
200g Isi Ayam (dikisar)
6 Biji Bawang Merah (dikisar)
5 Tangkai Cili Merah (dikisar)
200g Cendawan (dikisar)
2 Sudu Besar Sos Taucu
2 Sudu Besar Sos Tiram
1 Sudu Besar Sos Cili
Sedikit Air Rebusan Ayam (kalau takde pakai kiub ayam je)
Sedikit Bancuhan Tepung Jagung (nak memekatkan kuah)
Cara membuat:
1.Cairkan mentega dalam sizzling plate/kuali kemudian tumiskan dengan bahan yang dikisar.
2.Masukkan semua sos dan air rebusan ayam/kiub ayam (seketika)
3.Panaskan kuali hinga kuali sedikit panas dan cairkan mentega
4.Tuangkan sos dan air rebusan ayam atau kiub ayam tadi serta masukkan tauhu.
5.bancuhan tepung jagung boleh ditambah untuk memekatkan kuah .
P/s: Tauhu jepun sizzling lebih sedap dan menarik jika dihidangkan bersama daun bawang