Resepi Sup Gearbox

Resepi Sup Gear-Box merupakan sup yang paling disukai ramai kerana rasanya yang berlemak dan sangat sedap malahan resepi ini mudah untuk disediakan.

image

Bahan-bahan:
1 kg Tulang Gear-Box
2 inci halia (diketuk)
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 paket rempah sup
2 bungkus sup bunjut
1 paket rempah 4 sekawan (buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang)
Bawang goreng
Air perahan limau nipis
Daun sup

Cara membuat:
1.Rebus tulang sampai isinya empuk.
2.Masukkan sup bunjut , rempah sup , halia dan bawang putih , teruskan memasak menggunakan api yang kecil.
3.Masukkan sedikit minyak , kemudian goreng rempah 4 sekawan.
4.Masukkan rempah 4 sekawan yang digoreng ke dalam periuk rebusan tulang dan biarkan sup mendidih hingga masak sepenuhnya.
5.Perasakan dengan garam dan masukkan sedikit bawang goreng serta daun sup , siap untuk dihidangkan.

P/s:Resepi Gear box sesuai dihidangkan dalam mangkuk besar , perahkan air asam limau nipis dan taburkan daun sup serta bawang goreng selebihnya di atas sup gear box untuk rasa yang lebih lazat

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.