Resepi Tagliatelle Bolognese

Bahan-bahan (4-5 orang)

250 g tagliatelle (pasta)
4 sudu besar minyak zaitun (untuk menumis)
1 ulas bawang besar – dicincang halus
2 ulas bawang putih – dicincang halus
1 biji lobak – dipotong dadu
1 batang seleri – dipotong dadu
300 g daging cincang
250 g tomato puri
250 g sos tomato
1 kiub stok daging
1 sudu besar oregano flakes
2 helai daun salam (bay leaf)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Untuk tagliatelle (pasta), rebus dalam periuk, tambah sedikit garam. Angkat apabila pasta sudah lembut dan toskan. Gaul pasta dengan sedikit minyak zaitun atau butter.
  2. Untuk sos bolognese, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan lobak dan seleri, kacau sekata.
  3. Masukkan daging cincang, masak sehingga keperangan.
  4. Masukkan tomato puri dan sos tomato, kacau hingga sekata. Masukkan sedikit air jika perlu.
  5. Masukkan stok daging, lada hitam, oregano flakes, bay leaf dan garam secukup rasa.
  6. Masak dengan api yang perlahan sehingga kuah menjadi pekat.
  7. Sos bolognese siap untuk dihidangkan dengan tagliatelle.

Resepi daripada buku World Food Italy yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian.

3 Comments
  1. 5 years ago
    Shafiq

    Ajak Jim makan skali x? Hehe…

    Reply
  2. 5 years ago
    akhiyy

    gambar ini amek dari google or tangkap sendiri? kalo tangkap sendiri mmng cun..

    Reply
    • 5 years ago
      Amir Said

      Gambar untuk resepi kat Oh Malaysia 100% gambar sendiri. Resepi yang ada telah dicuba terlebih dulu sebelum di’publish.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *