Resepi Kuih Gulung (Ketayap)
Bahan-bahan (kulit) – 20 biji
300 gm tepung gandum
1 biji telur
1 cawan santan pekat
3 cawan air
Sedikit garam
1 sudu besar pewarna daun pandan
Bahan-bahan (inti)
250 gm kelapa parut
3 keping gula Melaka
1 helai daun pandan
1 cawan air
Cara-cara
- Untuk inti, panaskan air di dalam periuk. Masukkan gula Melaka dan cairkan.
- Kemudian masukkan kelapa parut dan daun pandan. Kacau hingga sekata.
- Untuk inti, boleh juga ganti gula Melaka dengan sirap dan gula untuk dapatkan inti berwarna merah.
- Untuk kulit, blend kesemua bahan sehingga sekata. Pastikan adunan tidak terlalu pekat.
- Panaskan kuali leper dengan api yang sederhana. Sapu sedikit minyak pada kuali.
- Ambil sedikit adunan dan layangkan kuali supaya adunan menjadi bulat. Biar sehingga masak. Terbalikkan (terlangkupkan) jika perlu.
- Selepas siap, angkat dan masukkan inti dan gulung. Cara gulung – lipat bahagian tepi dan gulung.
- Siap untuk dihidangkan.
OM: Orang Terengganu panggil kuih ketayap ni kuih gulung. Terima kasih kepada Asyraaf Kadir (housemate) untuk gambar ni.
nak tanya, bahan2 byk tuh dapat berapa byk ek. ni kuih feveret time bulan pose ni.
Lupa nak kira semalam. Dalam 20 biji la.
waktu-waktu petang layan ni memang terbaek! 😀
termasuk gak gambar teko favourite Bekbek buat teh o tu….hehehe
Haha. Rumah aku xde teko yang cantik sikit la. Nanti la aku beli.
sedap kuih ini bro, tapi tulah kalau inti kelapa tu sikit nanti tak sedap sangat, hehe
wahh..rindu nak makan kuih ni. bulan puasa ni..kene cari kuih ni..
Orang Brunei panggil kueh ni kueh Lenggang.
Amir, you better make this when I come over there! Kuih favorite aku!!
baru nak belajar buat kuih.
slama ni p beli jer kat gerai…
terima kasih sbb resepi Amir mudah…!!
Sama-sama. Selamat mencuba. 🙂
hye abg amir thanks sangat2.. kuih tu mnjadi la… resepi abg senang dan mudah.. 🙂