Resepi Kuah Kacang

Resepi Kuah Kacang Tanpa Santan. Sesuai untuk orang kencing manis dan orang yang diet. Resepi ini masih sedap dan rasanya masih sama dengan kuah kacang bersantan.

Bahan-bahan

500g kacang tanah
20 ulas bawang merah – dikisar
3 ulas bawang putih – dikisar
1 inci halia – dikisar
1/2 inci lengkuas – dikisar
3 batang serai – dititik
5 sudu besar cili kisar
4 keping gula melaka
4 sudu besar air asam jawa pekat
5 cawan air
Garam dan gula

Cara-cara

  1. Goreng kacang tanah tanpa minyak. Separuh dikisar hancur dan separuh lagi dikisar separa hancur.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan serai. Masak selama 5 minit sebelum dimasukkan air, kacang tanah, gula melaka dan air asam jawa.
  4. Masak sehingga pekat. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Siap untuk dihidangkan bersama-sama nasi impit dan sate.

Untuk resepi kuah kacang yang menggunakan santan, sila klik di sini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.