Resepi Ayam Bakar Ala Portugis

Bahan-bahan (2 orang)

500 g ayam
2 biji lemon – dipotong
2 ulas bawang putih – dicincang halus
1 sudu besar minyak zaitun (olive oil)
1 sudu besar oregano flakes
2 sudu kecil sweet paprika
1 sudu kecil cayenne pepper
1 sudu kecil garam

Cara-cara

  1. Perah 2-3 potongan lemon dan sapu pada ayam.
  2. Campurkan minyak zaitun, bawang putih, oregano, paprika, cayenne pepper dan garam. Perap ayam dengan campuran ini selama 5-10 minit.
  3. Bakar ayam dan potongan lemon di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 200 celcius selama 45 minit.
  4. Pastikan kulit ayam keperangan dan isi dalamnya masak sebelum dihidangkan.

Resepi asal: Autumn Coles Magazine 2010

Sos yang terhasil semasa ayam dibakar. Boleh dicurahkan ke atas ayam.

8 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.