Kerabu

Resepi Som Tam Thai

Resepi Som Tam Thai merupakan resepi kegemaran chef sewaktu berkunjung ke Thailand.Jom cuba , pasti membangkitkan selera anda . Lebih memikat apabila dibuat dengan air tangan sendiri .
mangosomtam1
Bahan-bahan:
1 biji betik muda
1 biji mangga muda
1 batang lobak
4 biji cili padi
6 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering
5 sudu besar gula kabung
4 sudu besar sos ikan
4 sudu besar jus limau nipis
2 biji tomato – dipotong dadu
3 tangkai kacang panjang

Cara Membuat;
1.Tumbuk kasar cili padi , udang kering.
2.Masukkan bahan yang ditumbuk daka bekas besar berisi bahan yang disagat (mangga,betik,lobak).
3.Masukkan cuka , jus limau nipis ,kacang panjang dan tomato.Gaul semua hingga sebati.
4.Boleh dihidangkan.

P/s :Resepi Som Tam Thai ini sesuai jika dimakan dengan ikan bakar dan untuk rasa yang lebih menyerlah taburkan kacang tanah dan ikan bilis goreng .
Dijamin akan memikat selera jika dihadangkan bersama air sirap limau ais .

Tags
Show More

Chef Adam

Seorang Bekas Chef di Hotel 5 Bintang terkemuka. Mempunyai kemahiran yang sangat tinggi dan pengalaman yang sangat lama didalam bidang masakan. "Makan kerana ia menggembirakan"

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Check Also
Close
Back to top button
Close
Close