Resepi Tiramisu Strawberi
Bahan-bahan untuk sirap (4-5 cawan)
150g strawberry filling
80mL air suam
1 sudu kecil gelatin halal
Sedikit parutan kulit lemon
Bahan-bahan lain
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping/thickened cream
50g gula icing (ditapis)
1 paket biskut tiramisu / lady’s finger
Sedikit buah strawberi segar
Cara-cara
- Untuk sirap, campur kesemua bahan dalam periuk kecil dan kacau sebati. Panaskan sebentar di api supaya gelatin larut.
- Pukul cream cheese sehingga gebu. Masukkan gula icing dan pukul seketika.
- Dalam bekas lain, campurkan whipped dan whipping cream. Pukul sehingga agak pekat dan sebati.
- Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan sudu sehingga rata.
- Cara untuk melapis: mula-mula letak sedikit sirap, kemudian susun biskut dan letak krim ke atasnya. Ulang sehingga adunan habis. Hias dengan hirisan buah strawberi.
- Simpan dalam peti sejuk untuk seketika sebelum dimakan.
Resepi asal oleh Kak Nor (strawberry tiramisu) dan Kak Rabiatun (blueberry tiramisu).
sedappppppppppppppppppppp
Cuba la kak Ida. Buat untuk berbuka puasa ke. 🙂
pergh. sumpah terliur bila tgk tiramisu ni. kalau time puasa kena masuk dekat nak buka puasa je ni. hehe.. thanks amir
Hehe. Malam-malam pun boleh masuk, kurang sikit dugaan time bulan puasa.
kenapa tak nampak pun macam ade biskut? biskut tu panjang2 kan?
so potong kecik ke cmne? thanks!
Haah, biskut tu panjang2. Saya potong dan hiris sikit sebab tak nak lapisan merah nampak tebal.
salam amir.. alhamdulillah.. menjadi gak tiramisu strawberry amir ya.. tahniah .. tergoda gak ni.. rasa cam nak buat jer sekali lg 🙂
Sedap tapi saya dlm proses diet..
ecawan boleh kan?
😀
Kalau ada video lagi senang nak buat.
Ada plan nak buat video. Mungkin akan datang la kot. 🙂
elok sangat resepi ni…kang boleh try utk buat pemanis mulut bukak pose… 😀
warghh sedapnya. nasib belum start puasa. huhu. btw amir, selamat menyambut ramadhan ya =)
fuhh, bila kali terakhir aku makan benda ni agaknya ekk..
nice…kagum gile tgk..love cooking..=)
Assalamualaikum Amir..wahhhh…sedapnyer cantik pula tu. terima kasih sudi mencuba resipi tak seberapa ni.
Sedap tiramisu ni cuma layer strawberi saya manis sikit. Maybe next time cuba buat blueberry tiramisu pulak. Terima kasih untuk resepi ni Kak Rabiatun 🙂
gelatin, cream cheese, whipped cream, whipping/thickened cream,
Mana nak dapatkan barang nie..(sorry baru nak belajar buat dessert nie…)
Kalau cream cheese, whipped cream dan thickened cream boleh cari kat bahagian produk tenusu (bahagian sejuk) pasaraya. Untuk gelatin, cuba cari kat bahagian kering kat kawasan yang jual barang2 untuk baking.
klu xltak whipping krim ley x? gna whipped krim jer