Resepi Dodol Warisan
Resepi Dodol Warisan merupakan resepi wajib disediakan pada Hari Raya Puasa malah mendapat sambutan hangat pada hari biasa kerana keenakankannya.
Bahan-bahan:
2 kg tepung pulut
500 gram tepung beras
4 kg gula melaka
12 biji kelapa parut
15 helai daun pandan
Cara membuat:
1.Bancuh tepung beras dan tepung pulut dengan santan , kemudian tapis ke dalam kuali / kawah.
2.Masak gula melaka dengan sedikit air dan daun pandan , apabila telah larut masukkan ke dalam adunan tepung tadi.
3.Kacau adunan ini hingga setengah masak dan masukkan pati santan , terus kacau sehingga masak.
P/s:Dodol yang dimasak tidak boleh dibiarkan kerana jika dibiarkan , dodol akan hangus atau hangit di bahagian bawahnya / kerak. Oleh itu, dodol hendaklah sentiasa dikacau bergilir-gilir untuk mendapatkan hasil yang baik.