Resepi Bihun Sup Special

Resepi Bihun Sup Special sangat popular di dalam kalangan masyarakat Malaysia dan juga Indonesia kerana,ianya sangat mudah untuk disediakan dan juga tidak berat seperti nasi.Dalam posting kali ini saya ingin berkongsi resepi untuk buat bihun sup yang sedap dan special. Cara penyediaannya sangat mudah, senang dan sedap.
resepi bihun
 
Bahan-bahan Penyediaan:
 Bihun untuk 2 orang makan
Daging yang dipotong kecil
Senggegam sayur sawi
Sedikit taugeh
Daun bawang dipotong kecil-kecil
Sedikit daun sup
Sedikit bawang goreng
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
Rempah sup
2inci halia
Rempah kurma
Garam
Serbuk pati ayam
6 biji cili padi
1 biji limau nipis (diambil jusnya)
Kicap pekat manis
Minyak untuk menumis
Air
 
Cara-cara memasak:
 1.Rendam bihun dalam bekas berisi air
 2.Tumbuk 2 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih & halia
 3.Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan tumbuk tadi bersama kulit kayu manis, bunga lawang & bunga      cengkih
4.Setelah bahan2 tumis kelihatan perang, masukkan daging dan gaul2kan sehingga daging-daging tersebut kelihatan sedikit perang
5.Setelah itu, masukkan air secukupnya
6.Setelah air menggelegak, masukkan rempah sup ke dalam periuk sehingga mencapai kekeruhan yang disukai
7.Masukkan pula sedikit rempah kurma (anggaran 1 sudu teh)
8.Masukkan garam & serbuk pati ayam secukupnya, kacau, tutup periuk dan perlahankan api. Biarkan sup mereneh
9.Untuk sambal kicapnya, tumbuk cili padi, seulas bawang merah & seulas bawang putih. Kemudian, masukkan kicap pekat manis dan jus limau nipis
10.Setelah daging dalam sup dimasak elok, keluarkan dan siat2 isinya(jika mahu). Setelah itu, celur sawi, taugeh & bihun
11.Setelah siap, bolehlah masukkan bihun ke dalam mangkuk, diikuti taugeh, sawi dan isi ayam. Taburkan daun bawang, daun sup & bawang goreng di atasnya.
P/s:Resepi Bihun Sup Special akan lebih sedap jika dihidang bersama sambal kicap dan air anggur.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.